Apa beza bisnes konvensional dan MLM?
Bisnes konvensional fokus lebih kepada penjualan semata-mata. Dasarnya untung dan rugi. Bagaimana pula dengan MLM? MLM adalah bisnes rangkaian manusia. Kita memperkenalkan produk atau bisnes melalui beberapa medium...jika dulu kekuatan pada W.O.M [ word of mouth]. Sekarang lebih canggih bila adanya internet menjadikan bisnes tanpa sempadan. Dulu MLM panggilan lainnya ialah Meeting Larut Malam. Memang biasa mesyuarat produk atau syarikat akan berlarutan habis sampai lewat malam. Habis meeting bukan terus balik, adakala sambung pula dikedai kopi. Bisnes MLM ni ada seni yang tersendiri. Ia bukan cerita jual barang tak sudah. Ia lebih kepada bagaimana kita membantu memenuhi keperluan manusia lain dan secara langsung keperluan kita dipenuhi. Contoh syarikat MLM X menjual Pencuci Pinggan Mangkuk yang mesra alam. Mereka yang mengalami masalah kulit sensitif, kulit kering atau eczema memang sangat-sangat memerlukan la sabun yang membuatkan mereka mampu membasuh pinggan dengan selesa dan se