Apa beza bisnes konvensional dan MLM?

Bisnes konvensional fokus lebih kepada penjualan semata-mata. Dasarnya untung dan rugi. 

Bagaimana pula dengan MLM? 

MLM adalah bisnes rangkaian manusia. Kita memperkenalkan produk atau bisnes melalui beberapa medium...jika dulu kekuatan pada W.O.M [ word of mouth]. Sekarang lebih canggih bila adanya internet menjadikan bisnes tanpa sempadan. Dulu MLM panggilan lainnya ialah Meeting Larut Malam. Memang biasa mesyuarat produk atau syarikat akan berlarutan habis sampai lewat malam. Habis meeting bukan terus balik, adakala sambung pula dikedai kopi.

Bisnes MLM ni ada seni yang tersendiri. Ia bukan cerita jual barang tak sudah. Ia lebih kepada bagaimana kita membantu memenuhi keperluan manusia lain dan secara langsung  keperluan kita dipenuhi.

Contoh syarikat MLM X menjual Pencuci Pinggan Mangkuk yang mesra alam. Mereka yang mengalami masalah kulit sensitif, kulit kering atau eczema memang sangat-sangat memerlukan la sabun yang membuatkan mereka  mampu membasuh pinggan dengan selesa dan selamat.
 Jadi penjual syarikat MLM X akan membantu mereka-mereka yang alah dengan pencuci biasa, untuk menukar kepada sabun keluaran syarikat MLM X ini. Lagi ramai yang dibantu, maka komisen atau bonus penjual juga akan bertambah. 

Nampak tak?

Namun bilamana sesebuah syarikat itu adalah MLM, maka ia bukan sahaja menawarkan produk yang selesaikan masalah orang awam, tapi ia juga menawarkan pekerjaan kepada orang awam...iaitu peluang berniaga.

Dari kisah tadi, si Asmad membeli sabun pencuci pinggan mangkuk syarikat MLM X dan mendapati ia sangat sesuai untuk kegunaan Asmad dan keluarganya. Maka Asmad juga tidak mahu ketinggalan mengambil peluang perniagaan yang ditawarkan oleh syarikat MLM X. Pastinya si Asmad suka berkongsi kebaikan produk dengan mereka yang mempunyai masalah yang sama seperti Asmad sebelum ini.

Mengapa Asmad cuba raih peluang ini? Sekurang-kurangnya pendapatan jualan itu boleh diguna semula untuk membeli produk yang Asmad gunakan. Bukankah ia satu penjimatan?

Sebab itu saya suka nak bagi tahu yang bisnes MLM ni seni nya unik.

Kita tak perlu nak buka kedai , bayar sewa kedai dan pekerja untuk uruskan stok. Kebanyakan stok syarikat MLM yang uruskan. Kecuali anda lihat potensi besar yang anda ada bila ada sediakan sedikit stok dalam tangan, maka barulah sesuai untuk memiliki stok sebagai satu komitmen jangka panjang.

Ni baru 1 bahagiaan tentang MLM.

Nanti saya share pula bagaimana nak kembangkan menjadi satu bisnes yang mempunyai rangkaian yang besar dan meluas.


Salam Sayang Ibu yang bekerja dari rumah.

Comments

Popular posts from this blog

Mengapa perlu ada duit tambahan?

Mengapa MLM menjadi pilihan?

Siapa saya nak rujuk untuk berjaya?