Perlukah Stok ?

Sebagai pelajar yang baru menapak dalam dunia bisnes, mana nak cari modal ribu-ribu? Walaupun ada seegelintir bisnes yang mulakan dengan pinjaman, namun  saya tak menjadikan ia satu pilihan. Belum ada apa-apa bayang berjaya tapi dah terikat dengan hutang.. rasanya berat tu.

So saya memilih menggunakan air liur sebagai modal. Saya bercerita tentang vitamin pada sapa sahaja yang saya jumpa. Saya kongsikan betapa pentingnya vitamin dalam kehidupan.

Namun ia tak semudah yang digambarkan...ramai yang mengandaikan ubat itu sama dengan vitamin. Aku sihat kenapa perlu vitamin?

Dalam masyarakat sendiri pun, vitamin pun satu kepentingan. Kita masih bekerja keras untuk dapatkan duit. Malah zaman tu, ramai lagi yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. 

Macam mana berniaga masa zaman tu? Saya sedarkan kepentingan vitamin pada kawan-kawan. Saya cari prospek setiap hari. Penat? Memang penat macam cari benda yang hilang. Masa tu belum minta mak lagi ayat dan doa pelaris.

So kerana rajinnya bercerita, dengan izin Allah saya dapat kumpul order sebulan dalam RM10 ribu dan mengambil masa 3-4 kali juga ke Shaklee Wangsa Maju untuk membeli stok. 

Namun kerana tiada kemampuan nak ada stok, tak bermakna tak boleh berjaya. Cuma penat la setara dengan kekurangan yang kita ada.

Perlahan-lahan saya belajar dengan arwah mak...bagaimana nak dapat rezeki lebih mudah. Umur makin bertambah, takkan kita tak nak berubah? Penat juga siang malam promote sampai tiada masa untuk berduaan dengan Allah. 

Kita perlukan 1-2 tahun untuk orang kenal kita berbisnes. InsyaAllah lama-lama customer datang cari dengan pertolongan Allah.

Bila dah berkeluarga, saya masih tak de stok dalam tangan. Bila ada orang nak baru saya order. Cabarannya pulak, adakala orang yang nak order tu sebut aje nanti hujung bulan dia nak beli...kita ni lurus terus beli. Bila dah ada stok, customer pulak tak jadi beli...maka jadilah ia makanan sendiri. Semuanya pengalaman. 

Sampai satu ketika saya berhenti jadi guru nak buat bisnes sepenuh masa, minta izin dengan suami nak pinjam kad kredit nak beli stok. Bermula dengan stok dalam 300 hingga 500 sahaja...beli pun produk yang sendiri makan. Jika tak terjual, sendiri boleh habiskan. Itulah yang saya fikir sejak dulu sampai sekarang.

Bila dah ada stok kelebihannya lain pula...hidup macam anak  raja, nak berniaga bila-bila masa. Orang datang terus disuapkan. Tanpa toleh kiri dan kanan. Saya doa Allah hantarkan customer yang mencari produk yang ada di dalam tangan dan bayarnya terus tanpa hutang.

Adakah takut barang tidak terjual? Itulah pentingnya hidup beramal. Jika kita hidup berlandaskan syariat, insyaAllah jiwa sedikit kebal. Di mana ada gula di situ ada semut. Bila ada produk, insyaAllah ada pelanggan. 

Stok bertambah mengikut keperluan dan mengikut kebesaran organisasi. Sama macam seorang mak, bila dia nak masak nasi, dia perlu tahu berapa ramai yang akan makan bersama. Supaya tidak membazir di kemudian hari dan duit boleh guna untuk perkara yang lain.

Beza pegang stok dan tiada stok? Keyakinan. Bila ada stok, nak promote pun senang. Customer nak terus berurusan tanpa berfikir panjang. 

Bila ada stok kita lebih bertanggungjawab pada bisnes kita. Itulah beza penjual dan usahawan.

Namun ada orang tanya, kalau baru mula perlukah stok? Jika ada kemampuan adalah baik ada stok. Beli berpada-pada. Jangan sampai berhutang sini dan sana. 

Ada orang boleh berjaya tanpa stok di permulaan cerita. Ada orang tetap tak boleh berjual walaupun stok bertimbun di depan mata.

Maka ia balik pula pada skop lain yang tak nampak dek mata dan tak terjangkau dek akal.

Nanti kita kupas lagi dalam topik yang lain.






Comments

Popular posts from this blog

Mengapa perlu ada duit tambahan?

Mengapa MLM menjadi pilihan?

Siapa saya nak rujuk untuk berjaya?