Sendiri rugi?

Bila berniaga, berniagalah elok-elok. Kerana dengan berniaga seorang miskin boleh kaya dan orang kaya boleh miskin jika salah langkah.

Adakala saya lihat sudah menjadi seperti satu trend menukar-nukar upline. Atas alasan upline sekarang tidak membantu pun anda untuk berjaya.

Siapa sebenarnya yang perlu dipersalahkan? Mulalah semua menuding jari satu sama lain.

Sejujurnya bila anda dah sign up ahli anda kena tahu siapa sebenarnya susur galur ahli dalam organisasi bisnes anda.

Contohnya :
Kita
upline kita
Super upline Kita
Super-super upline Kita
Super duper upline Kita.

Kerana dalam Shaklee kita boleh refer 5 level atas kita sebagai mentor. Bila nama mentor, anda perlu bergerak beriringan. Bukan semua anda bergantung pada mentor.

Rugi jika anda mendaftar ahli pada si A tetapi kemudian menggunakan nama emak atau ayah dan daftar dengan si B hanya atas alasan si A tak membantu.

Sejujurnya bila anda menggunakan nama lain dan jika diizinkan ALLAH anda naik rank...sejujurnya mungkin bonus yang anda kejar akan menjadi milik anda tetapi sayangnya untuk recognition Shaklee, you are nobody sebab pendaftaran menggunakan nama orang lain.

Shaklee bukan hanya offer cash pada kita tetapi car dan convention [ percutian]. Jika duit yang dikejar maka duitlah yang kita dapat.

Sayangnya kita tak dapat join percutian Shaklee terutama ke oversea. Betapa ruginya kan?

Bagi upline yang tidak beretika memang akan mengatakan tiada masalah untuk menukar upline namun bayangkan jika hak anda diambil orang? Hanya kerana nak kejar group uv kita tak peduli orang punya atau tidak.

Sesungguhnya ALLAH Maha Melihat. Jika benar kita nak bantu kawan kita berjaya dalam Shaklee, tak perlulah memujuk sehingga menukar upline. Memadai minta dia rujuk super upline atau super duper uplinenya.

Cuba fikir satu sahaja...setiap yang baik akan dibalas baik. Jika kita menjaga kesejahteraan organisasi orang lain, insyaALLAH ALLAH akan jaga kesejahteraan organisasi kita kemudian hari.

Selamat berniaga dan semoga beroleh rezeki hebat dan berkat!


Salam Sayang
 Ibu yang bekerja dari rumah.

Comments

Popular posts from this blog

Mengapa perlu ada duit tambahan?

Mengapa MLM menjadi pilihan?

Siapa saya nak rujuk untuk berjaya?