Saya takut !

Inilah perkara yang buatkan ramai orang tidak berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.

Asasnya ialah takut. Bila takut kita duduk diam-diam. Kalau duduk diam dan tak merungut tak per...ni merungut bila harga barang mahal. Merungut bila harga minyak naik. Tapi usaha lebih tak nak, takut.

Jom kita fikir faedah simpan perasaan takut tu....

Shaklee Euphoria


Saya ada rasa ni la.....

1. Takut orang tak beli?

Bila anda berjual memang frust la kalau orang tak beli. Tapi cuba anda sharing. Kongsikan kebaikan produk dan ceritakan dengan rasa seronok yang sincere...kalau dia tak beli pun tak aper. Janji dah cerita. Sama macam orang tanya kita...kedai makan mana yang sedap ek? Kita pun jawab...Oh kedai makan kat simpang tujuh Kedai Kak Salma ...nasi lemak kukus dia sedap. Tapi kalau orang tu tak pergi kedai Kak Salma kita akan sedih ke? Tak kan? Sebab kita cerita jujur dari hati itu sedap kat kita. Kalau bukan selera dia nak makan nasi lemak, tak ler dia makan kat Kedai Kak Salma kan?

2. Takut tak berjaya?

Ada ke anak kecil lahir terus berjalan? Belum ada buat masa ni la...sebab mereka ni bayi perlu masa membesar...kurang-kurang selepas 6 bulan umur baru nak golek kiri kanan dan meniarap. May be dalam 8-10 bulan baru nak belajar bertatih. Berperingkat-peringkat. Jadi kalau impian anda nak dapat income 4-5-6 angka tu pastinya bukan berlaku sekelip mata. Perlu masa. Kena usaha bukan berpeluk tubuh dan semua mengharap pada upline. Usaha, usaha dan terus usaha pasti membuahkan kejayaan.


3. Takut sebab ramai pesaing?

Cuba cerita dengan saya, highway mana yang hanya digunakan oleh satu kereta? Hatta seorang menteri besar pun pakai highway yang sama dengan orang awam pakai. Kelebihannya kekadang mereka boleh pakai heli tetapi pun bukan semua boleh sebab ikut status menteri juga. Kalau tak de persaingan, macam mana nak maju? Nelayan pun turun laut ramai-ramai tangkap ikan....tak terlaratnya nak angkat ikan bebanyak sorang-sorang. Setakat nak pergi pancing dapat ikan besar bolehlah tapi tetap kita tak ke laut memancing sorang-sorang...biasa pergi dengan team @ kawan-kawan yang suka memancing.


4. Takut atau malu nak maklumkan "saya ahli Shaklee" ?

Kenapa nak takut atau malu? Kenapa taknak ubah rasa tu kepada " Bagus cakap yang aku SID, mana tahu orang ni memang sedang mencari?"
 Sebab tu saya suka bagi bisnes kad saya masa sedang beratur beli barang kat shopping mall. Memang orang tu tak tanya pun, tapi at least kalau dia teringin nak beli dia ada bisnes kad saya kan? Masa zaman dating dulu ...kalau ke toilet memang saya amik kesempatan la jual Kalsium Magnesium { sekarang dipanggil Ostematrix} kat makcik-makcik cleaner. Kalau balik dating naik LRT, pantang orang duduk sebelah saya muka sakit...memang saya rekomen B complex sebagai tenaga booster. Pada saya, enjoy buat tu...kalau dia nak dia akan beli. Dia taknak dia RUGI.
Kalau saya tak cerita saya akan RUGI sebab nanti dia pasti akan beli cuma sama ada dari farmasi atau SID lain pada masa dia memerlukan. Lagipun, badan saya tak berlubang pun kalau prospek saya tak beli malah ia membantu saya lebih kreatif dalam buat sharing pada masa akan datang sebab mengasah skill bercakap saya. Kekadang dah macam doktor tak bertauliah pun sebab sibuk cerita pasal vitamin. Hehehehe.



So agak-agak takut apa lagi yang buatkan anda di takuk yang sama?

Tinggalkan komen anda supaya saya dapat bantu anda.



Salam Sayang
Ibu yang bekerja dari rumah.

Comments

Popular posts from this blog

Mengapa perlu ada duit tambahan?

Mana datangnya pelanggan?

Mengapa MLM menjadi pilihan?