Posts

Apa beza bisnes konvensional dan MLM?

Bisnes konvensional fokus lebih kepada penjualan semata-mata. Dasarnya untung dan rugi.  Bagaimana pula dengan MLM?  MLM adalah bisnes rangkaian manusia. Kita memperkenalkan produk atau bisnes melalui beberapa medium...jika dulu kekuatan pada W.O.M [ word of mouth]. Sekarang lebih canggih bila adanya internet menjadikan bisnes tanpa sempadan. Dulu MLM panggilan lainnya ialah Meeting Larut Malam. Memang biasa mesyuarat produk atau syarikat akan berlarutan habis sampai lewat malam. Habis meeting bukan terus balik, adakala sambung pula dikedai kopi. Bisnes MLM ni ada seni yang tersendiri. Ia bukan cerita jual barang tak sudah. Ia lebih kepada bagaimana kita membantu memenuhi keperluan manusia lain dan secara langsung  keperluan kita dipenuhi. Contoh syarikat MLM X menjual Pencuci Pinggan Mangkuk yang mesra alam. Mereka yang mengalami masalah kulit sensitif, kulit kering atau eczema memang sangat-sangat memerlukan la sabun yang membuatkan mereka  mampu membasuh pinggan dengan selesa dan se

Perlukah Stok ?

Sebagai pelajar yang baru menapak dalam dunia bisnes, mana nak cari modal ribu-ribu? Walaupun ada seegelintir bisnes yang mulakan dengan pinjaman, namun  saya tak menjadikan ia satu pilihan. Belum ada apa-apa bayang berjaya tapi dah terikat dengan hutang.. rasanya berat tu. So saya memilih menggunakan air liur sebagai modal. Saya bercerita tentang vitamin pada sapa sahaja yang saya jumpa. Saya kongsikan betapa pentingnya vitamin dalam kehidupan. Namun ia tak semudah yang digambarkan...ramai yang mengandaikan ubat itu sama dengan vitamin. Aku sihat kenapa perlu vitamin? Dalam masyarakat sendiri pun, vitamin pun satu kepentingan. Kita masih bekerja keras untuk dapatkan duit. Malah zaman tu, ramai lagi yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.  Macam mana berniaga masa zaman tu? Saya sedarkan kepentingan vitamin pada kawan-kawan. Saya cari prospek setiap hari. Penat? Memang penat macam cari benda yang hilang. Masa tu belum minta mak lagi ayat dan doa pelaris. So kerana rajinnya

Shaklee sebagai sebuah KERJAYA

Saya dan suami memang bernekad nak jadikan Shaklee sebuah kerjaya. Oleh kerana itu kami tidak bercadang untuk punya bisnes lain selain Shaklee. Kalau orang kata bila ada duit bukan ke bagus buat bisnes lain untuk usaha tambah income? Ada kawan Cina saya kata - kalau dah banyak duit beli rumah atau apa sahaja hartanah. Jangan buat banyak bisnes yang kita sendiri kena urus nanti semua entah ke mana. Saya setuju.... So ada duit kami bisnes dengan ALLAH....melalui pandangan guru...berniaga dengan ALLAH takkan rugi insyaALLAH. Allah  Ta’ala  berfirman, مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ وَلَهُ أَجْرٌ كَرِيمٌ “ Barangsiapa memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan balasan pinjaman itu untuknya dan dia akan memperoleh pahala yang banyak ” (QS. Al Hadid: 11). ‘Umar bin Khottob mengatakan bahwa yang dimaksud dengan ayat ini adalah berinfaq di jalan Allah. Ada pula yang mengatakan bahwa maksud ayat ini

Sendiri rugi?

Bila berniaga, berniagalah elok-elok. Kerana dengan berniaga seorang miskin boleh kaya dan orang kaya boleh miskin jika salah langkah. Adakala saya lihat sudah menjadi seperti satu trend menukar-nukar upline. Atas alasan upline sekarang tidak membantu pun anda untuk berjaya. Siapa sebenarnya yang perlu dipersalahkan? Mulalah semua menuding jari satu sama lain. Sejujurnya bila anda dah sign up ahli anda kena tahu siapa sebenarnya susur galur ahli dalam organisasi bisnes anda. Contohnya : Kita upline kita Super upline Kita Super-super upline Kita Super duper upline Kita. Kerana dalam Shaklee kita boleh refer 5 level atas kita sebagai mentor. Bila nama mentor, anda perlu bergerak beriringan. Bukan semua anda bergantung pada mentor. Rugi jika anda mendaftar ahli pada si A tetapi kemudian menggunakan nama emak atau ayah dan daftar dengan si B hanya atas alasan si A tak membantu. Sejujurnya bila anda menggunakan nama lain dan jika diizinkan ALLAH anda naik rank...sejujurn

Saya takut !

Image
Inilah perkara yang buatkan ramai orang tidak berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Asasnya ialah takut. Bila takut kita duduk diam-diam. Kalau duduk diam dan tak merungut tak per...ni merungut bila harga barang mahal. Merungut bila harga minyak naik. Tapi usaha lebih tak nak, takut. Jom kita fikir faedah simpan perasaan takut tu.... Saya ada rasa ni la..... 1. Takut orang tak beli? Bila anda berjual memang frust la kalau orang tak beli. Tapi cuba anda sharing. Kongsikan kebaikan produk dan ceritakan dengan rasa seronok yang sincere...kalau dia tak beli pun tak aper. Janji dah cerita. Sama macam orang tanya kita...kedai makan mana yang sedap ek? Kita pun jawab...Oh kedai makan kat simpang tujuh Kedai Kak Salma ...nasi lemak kukus dia sedap. Tapi kalau orang tu tak pergi kedai Kak Salma kita akan sedih ke? Tak kan? Sebab kita cerita jujur dari hati itu sedap kat kita. Kalau bukan selera dia nak makan nasi lemak, tak ler dia makan kat Kedai Kak Salma kan? 2. Takut tak

Mana datangnya pelanggan?

Orang baru yang kenal dunia berniaga, paling yang dikhuatirkan ialah macam mana nak cari pelanggan? So sebelum kita tanya soalan itu, kita kena tanya balik pada diri kita....adakah orang kenal @ tahu kita adalah penjual produk X ? Saya selalu tekankan pada ahli Shaklee, jadilah duta Shaklee. Bila anda makan vitamin, makan dengan istiqamah. Bukan niat hanya nak menjual. Bila makan dengan istiqamah, anda akan dapat hasilnya. Kesihatan yang baik dan yang lain akan turut serta kemudian. Maka kita akan secara automatik akan menjadi duta produk Shaklee. Mengapa iklan TV suka pilih artis sebagai duta? Sebab ia jalan mudah nak promote barang. Satu sebab dah terkenal dan satu kerana artis akan jaga penampilan diri mereka. War-warkan dengan dunia kita adalah duta produk Shaklee. Pastikan kawan meja sebelah opis tahu kita pengedar Shaklee. Pastikan jiran sebelah tahu kita pengedar Sah Shaklee. Bila ada kenduri kendara pastikan orang tahu kita pengedar Sah Shaklee dan aktif. Ini sem

Siapa saya nak rujuk untuk berjaya?

Mengapa kita disuruh ke sekolah? Untuk belajar. Mengapa kena belajar? Supaya hidup lebih baik. Kalau buta huruf, macam mana nak kerja? Macam mana nak buat report, macam mana nak baca manual? So sekolah itu mengajar kita 3 perkara asas iaitu 3M - Membaca, Menulis dan Mengira. So samalah dalam bisnes. Kena ada mentor. Saya dulu nak buat blog pun memula tunjuk pandai pergi beli buku C plus...lepas tu hampeh entah ke mana buku tu. Tak paham langsung. Sudahnya tanya kawan sorang ni nama dia Ina...bekas staff kolej kediaman ke empat UM. Dia punya blog la saya dapat idea nak buat Shaklee hanya pakai blog. So saya tanya Ina macam mana dia buat blog. Dia ajar la yang basic. Selepas tu saya tanya kawan saya yang juga boleh kata expert iaitu Lyna Noh...apa2 gadget saya minta tolong dia buatkan di blog. Sampai lah satu hari masa dia tolong saya edit layout blog...something missing. Seharian saya betulkan semula sendiri. Saya bersyukur sangat kerana sejak dari itu saya pandai add gadget dan