Mana datangnya pelanggan?

Orang baru yang kenal dunia berniaga, paling yang dikhuatirkan ialah macam mana nak cari pelanggan?

So sebelum kita tanya soalan itu, kita kena tanya balik pada diri kita....adakah orang kenal @ tahu kita adalah penjual produk X ?

Saya selalu tekankan pada ahli Shaklee, jadilah duta Shaklee.

Bila anda makan vitamin, makan dengan istiqamah. Bukan niat hanya nak menjual. Bila makan dengan istiqamah, anda akan dapat hasilnya. Kesihatan yang baik dan yang lain akan turut serta kemudian.

Maka kita akan secara automatik akan menjadi duta produk Shaklee.

Mengapa iklan TV suka pilih artis sebagai duta? Sebab ia jalan mudah nak promote barang. Satu sebab dah terkenal dan satu kerana artis akan jaga penampilan diri mereka.

War-warkan dengan dunia kita adalah duta produk Shaklee. Pastikan kawan meja sebelah opis tahu kita pengedar Shaklee. Pastikan jiran sebelah tahu kita pengedar Sah Shaklee. Bila ada kenduri kendara pastikan orang tahu kita pengedar Sah Shaklee dan aktif.

Ini semua membantu orang tahu di mana nak cari produk Shaklee dengan secara sendirinya.

Jika dulu badan berisi dan sekarang dah mula nampak slim, perubahan ini akan membuatkan dunia iklan kita lebih mudah. Prospek boleh terdiri dari kawan-kawan opis, adik beradik, saudara mara dan kenalan baru di muka buku.

The Power Word Of Mouth.

Pernah tak pergi ke satu tempat baru, dan kita akan bertanya dengan kenalan di kawasan itu di mana kedai makan yang sedap? Pasti ada jawapan dari kenalan kita tadi....walhal kedai makan tu tak bayar apa-apa komisen pun untuk tolong promote. Bukan kata komisen , tuan kedai tak kenal pun orang yang memuji dan meng rekomen kedai makan dia.

Namun bila anda berniaga Shaklee, bonus ialah hasil usaha anda mempromosikan produk kesihatan Shaklee. Manakala pencapaian anda [ rank ] anda ialah penghargaan syarikat atas usaha anda membantu ramai orang lebih sihat tubuh badan dan punya poket yang sihat.

Oleh itu, kita anda serius nak duduk dalam dunia bisnes, jaga perkataan anda.

Apa sahaja anda tulis di muka buku menjadi perhatian kepada pelanggan dan bakal pelanggan.

Elakkan menulis tentang hal peribadi jikalau anda tidak mahu privasi kehidupan anda terganggu.

Fokus kepada sharing produk dan motivasi akan membantu anda lebih berjaya.

Sharing kita di blog atau muka buku itu ibarat lagu yang berkumandang di radio. Lagi kerap ia keluar lagi banyak peluang untuk orang menyukai lagu tersebut.

So jangan tunggu lagi! Mulakan sharing anda hari ini dan lakukan dengan istiqamah!

Tips hari ini : Jadilah duta produk dan pastikan orang sekeliling tahu anda adalah pengedar yang aktif!



Salam Sayang
 Ibu yang bekerja dari rumah.

Comments

Popular posts from this blog

Mengapa perlu ada duit tambahan?

Mengapa MLM menjadi pilihan?

Siapa saya nak rujuk untuk berjaya?