Mengapa perlu ada duit tambahan?

Masa jadi cikgu dulu, gaji bersih bukan banyak mana... maklumlah gaji basic rendah aje tahun 2006 dulu. Saya cuma mampu bagi mak saya RM350 aje sebulan. Syukur juga pada waktu tu income Shaklee saya ada lah dalam 4-5 ratus sebulan. Bolehlah buat tambah nak makan sedap ke atau tambahan apa-apa yang perlu tengah-tengah bulan.

Masa mula ambil cuti tanpa gaji jaga anak, saya nekad nak buat Shaklee secara online. Ada beberapa sebab :

1. saya nak bawa nafas baru dalam bisnes MLM Shaklee saya
2. no more datang rumah orang buat demo macam saya buat masa baru2 dalam Shaklee.
3. meeting sekali sekala bila perlu.
4. gunakan sepenuhnya internet dan talian telefon.

Masa cuti tanpa gaji tu saya tahu risiko saya ialah

- bergantung sepenuhnya satu sumber income iaitu dari suami.
-income Shaklee belum stabil hanya 4-5 ratus [ walhal gaji kasar  cikgu almost RM3 ribu sebulan].

Then saya nekad nak dapat income Shaklee AT LEAST setara dengan gaji cikgu atau lebih. Sebab saya dah tengok macam mana mak lalui bila arwah abah meninggal mengejut....mak yang tak pernah kerja terpaksa kerja. Paling sedih bila tengok adik yang kecil terpaksa pergi sekolah naik bas walhal saya sampai form 5 mak hantar amik dari sekolah.

So saya nekad nak educate ibu-ibu yang tak kerja [ hanya duduk rumah] do something supaya if anything happen pada suami isteri tak perlu keluar rumah bekerja tinggalkan anak pada keluarga [ mak ayah] atau baby sitter sebab ada income yang boleh bantu survive.

Bagi anda yang suami isteri kerja makan gaji....apa yang anda miliki hari ini adalah hasil gabungan
gaji isteri + gaji suami. Kalau salah seorang pergi dahulu...kita dah hilang sebahagian dari sokongan belanja bulanan kita. So kenapa tak nak siapkan payung sebelum hujan?

Dah beberapa kenalan saya suami meninggal mengejut...memang menyedihkan....terpaksa menyekat banyak belanja yang sebelum ini disokong oleh gaji suami. Tak kurang juga mereka yang ditinggalkan secara hidup [ bercerai].

Jadi tak salah usaha untuk memperbaiki taraf hidup dan menyediakan payung sebelum hujan.

Next entry.... Macam mana nak mula?


Salam Sayang
 Ibu yang bekerja dari rumah.

Comments

Popular posts from this blog

Mengapa MLM menjadi pilihan?

Siapa saya nak rujuk untuk berjaya?