Mengapa MLM menjadi pilihan?

Saya dibesarkan oleh seorang abah yang jiwanya hebat untuk berbisnes. Kami dibesarkan dengan dunia bisnes.


Bisnes yang abah buat untuk besarkan kami adik beradik ialah

  • jual kereta terpakai
  • bisnes sabun serbuk
  • bengkel kereta
  • kedai makan
  • jual ayam  

Malah masa sebelum jadi cikgu sekolah saya buat bisnes sendiri dengan mengajar tuition kat rumah. 

Namun saya masih ingat kejayaan besar saya di Universiti dulu dalam masa 6 bulan join Shaklee saya dah rasa income 4 angka. Bayangkan masa tu tahun 1999 .... sehinggakan saya mampu beli telefon bimbit yang glamour waktu tu iaitu Nokia 3210.

Bila saya nekad amik cuti tanpa gaji jaga anak, saya pasti tak pilih jadi guru tuition sebab saya takut tak de masa untuk dua anak saya. So dari situ saya pilih nak jadikan Shaklee sebagai bisnes dari rumah saya.

Apa syarat suami saya? Senang....boleh buat bisnes dari rumah guna internet dan cuba capai gaji setara dengan gaji cikgu sebagai minima. Selama satu tahun saya pinjam duit suami bayar duit kereta kancil saya. Elaun mak saya tak minta suami...tetapi saya beri dari hasil Shaklee saya....walau sikit saya tetap beri untuk amik berkat mak.

Mengapa saya pilih MLM Shaklee?

Sebagai pemegang ijazah Pentadbiran Perniagaan dari UM, sudah pasti saya nak ia menjadi lebih berbaloi kalau saya boleh buat bisnes dan apply apa yang saya belajar. Bukan hanya sebagai pemilik ijazah tapi saya nak ilmu itu beri manfaat pada saya dan orang lain juga.

Selama kat U, banyak juga bisnes MLM dan direct selling yang saya masuk. Memang sebab saya suka bisnes ditambah saya nak cari duit lebih kat U. Saya tak minat nak makan gaji macam kawan2 yang buat part time kat kedai atau restoren seperti McDonald atau mana-mana makanan segera sebab U kami dekat dengan Midvalley Megamall Bangsar.

Saya pilih Shaklee sebab uniknya ia bukan sistem piramid. Siapa usaha lebih dia dapat lebih. Takde downline pun boleh dapat bonus apatah lagi kalau ramai downline. 
Pada saya ia kerja mudah ...promosi produk Shaklee dan bonus adalah ibarat hasil gaji usaha kita promosi dan perkenalkan pada orang lain.

Cuma satu yang saya suka pada Shaklee ialah falsafah founder Dr Forest C Shaklee... dia nak orang makan vitamin dengan ilmu. Sebab itu ia sepatutnya tiada dijual di Farmasi.
Sistem MLM Shaklee juga adil. Tiada penindasan. Siapa usaha lebih dapat lebih. 

Jadi orang yang nak berjaya dalam bisnes ini ialah mereka yang mahu ubah nasib mereka, yang ada kecekalan, berani berubah kepada sikap yang lebih baik dan paling utama menghormati upline [ mereka yang memperkenalkan Shaklee] sebab ilmu ini barakah dia hebat. 

MLM - multi level marketing di mana kita bekerja sebagai satu kumpulan besar dan sama-sama usaha untuk maju. Ia lebih mudah saya ibaratkan begini...

Kita dapat projek bangunkan sebuah parit yang besar. Kalau kita tamak, kitalah yang tebas lalang, korek tanah, letak bata dan apa sahaja semua kita buat sendiri. Bayaran kita dapat memang besar tapi didatangkan dengan penat lelah.
Tapi konsep MLM ialah kita share sama-sama ibarat buka cawangan. Cuma sapa kerja keras dia sure dapat lebih. Itu aje.

Apa manfaat ada downline? Ia ibarat cawangan...kalau kita di KL takkan la kita nak hantar barang dan jumpa customer yang ada di Ipoh. Kan lebih baik jika ada partner di Ipoh yang boleh uruskan order customer di Ipoh dan ia memudahkan kita juga.

Sistem MLM yang adil ialah downline walau masuk lewat berpeluang untuk mendapat rank tertinggi jika lebih rajin dari uplinenya.

Ramai orang pilih MLM yang buat duit dan mereka nak berada di atas sahaja. Mereka ni lupa bahawa ia sistem piramid. Sistem piramid takkan kekal lama kerana satu masa mereka yang berada di bawah akan penat akhirnya ia berhenti berusaha sebab takkan ada peluang untuk berada di atas.

Jadi bila anda nak join MLM....banyak perkara kena pertimbangkan antaranya ialah adakah aku berpeluang mencapai rank tertinggi walau upline aku bukan orang yang mencapai tahap tertinggi.


Next entry ..... Kenapa kena ada duit tambahan?


Salam Sayang

Ibu yang bekerja dari rumah.

Comments

Popular posts from this blog

Mengapa perlu ada duit tambahan?

Siapa saya nak rujuk untuk berjaya?