Siapa saya nak rujuk untuk berjaya?

Mengapa kita disuruh ke sekolah? Untuk belajar. Mengapa kena belajar? Supaya hidup lebih baik. Kalau buta huruf, macam mana nak kerja? Macam mana nak buat report, macam mana nak baca manual? So sekolah itu mengajar kita 3 perkara asas iaitu 3M - Membaca, Menulis dan Mengira.

So samalah dalam bisnes. Kena ada mentor.
Saya dulu nak buat blog pun memula tunjuk pandai pergi beli buku C plus...lepas tu hampeh entah ke mana buku tu. Tak paham langsung. Sudahnya tanya kawan sorang ni nama dia Ina...bekas staff kolej kediaman ke empat UM. Dia punya blog la saya dapat idea nak buat Shaklee hanya pakai blog.

So saya tanya Ina macam mana dia buat blog. Dia ajar la yang basic. Selepas tu saya tanya kawan saya yang juga boleh kata expert iaitu Lyna Noh...apa2 gadget saya minta tolong dia buatkan di blog.
Sampai lah satu hari masa dia tolong saya edit layout blog...something missing. Seharian saya betulkan semula sendiri. Saya bersyukur sangat kerana sejak dari itu saya pandai add gadget dan belajar banyak tentang blog.

Saya teruskan menulis sampailah 6 tahun kemudian seorang hamba ALLAH ini yang saya panggil Sifu Azri ajarkan cara betul untuk buat blog. Syukurlah kan better late than never.

Hakikatnya semua ada di google. Ia juga cikgu saya yang tak bernyawa.

So kalau anda nak meniaga ikan bakar, anda kena tahu siapa yang boleh ajar anda bakar ikan dengan betul. Suhu panas yang betul supaya hasilnya sedap dan memberi kepuasan kepada pelanggan.

Macam mana pulak dengan MLM?

Upline anda @ sponsor anda adalah guru utama anda.


Kalau anda dah jadi ahli...carilah semula orang yang kenalkan anda dengan bisnes itu. Bukan pergi cari orang lain... Sebab setiap orang punya cara berbeza dan pengamatan yang berbeza.

Dalam MLM, sponsor [ orang yang memperkenalkan anda ] adalah ibarat emak. Kena hormat dan berdamping dengan emak.

 Kalau anda ada anak dan lebih hormatkan orang lain  dari anda sebagai emak apa agaknya perasaan anda?

Jangan sesekali rasa menyesal dengan siapapun 'emak' bisnes anda. Sama macam mana kita sayang mak yang lahirkan kita dalam dunia.

Kalau bukan bisnes MLM pun, orang yang memperkenalkan anda bisnes itu adalah ibarat 'emak' atau guru. Jadi kena hormat.

Dalam keluarga, emak kita jadikan rujukan. Apa pun mak..dan emak adalah tunjang ibarat guru.
Sering berdamping dengan emak untuk kita bergerak lebih jauh.

Kalau anda sebagai anak menjatuhkan 'emak' sendiri... tak mustahil pun karma anda lebih hebat.

Dalam kehidupan harian, buruk baik emak ayah kita, kita kena hormat sebab tanpa mak ayah kita tiada siapa2. Jangan  mudah  lupa diri.

Kena bersyukur sebab diperkenalkan bisnes itu kepada anda. Buruk baik adalah sifat manusia ciptaan ALLAH. Terima seadanya.

Seorang anak yang menghina emak dan ayahnya, tidak akan dinaung oleh penduduk langit pun jadi tak ke mana pun kehebatan kita tadi. Saya dah jumpa orang yang rasa dia hebat... tapi dengan mak ayah layan macam apa.... so bila mak ayah dia tiada ...sekarang dia takde siapa pun. Kalau dulu gah sana sini jawatan dia. But now...its all gone!

Tetapi bila anda masuk bisnes, tetiba upline anda undur diri...namun anda masih minat dengan bisnes tersebut cuba cari super upline anda. Jadikan ia emak baru anda. Sama macam kalau dah kematian emak, if ada nenek, neneklah tempat kita menumpang kasih.

So siapa yang anda nak rujuk dalam bisnes anda ialah orang pertama yang kenalkan anda bisnes tersebut!

Tips tambahan : Tanya 'emak' bila anda dah google tapi tak paham. Datang belajar bila 'emak' buat kelas.

Next entry : Macam mana nak dapat pelanggan?



Salam Sayang
 Ibu yang bekerja dari rumah.

Comments

Popular posts from this blog

Mengapa perlu ada duit tambahan?

Mengapa MLM menjadi pilihan?